Salam semua..
20.April lalu menandakan demam PRU-13 semakin hangat dengan calon-calon yang akan bertanding mulai menunjukkan muka..Aku jugak berkesempatan merakamkan suasana semasa berlangsungnya proses penamaan calon bagi kawasan Parlimen Putrajaya (P.125)
Perang 2 penjuru akan berlaku di kawasan parlimen ini dengan penyandang kerusi Putrajaya iaitu Tg Adnan Tg Mansor (B.N) akan berentap dengan Husam Musa (PAS - Pakatan Rakyat). Semoga sepanjang tempoh berkempen ini tiada provokasi fitnah, caci mencaci serta mengaibkan sesiapa saja..
Berkempenlah dengan aman, bijak dan penuh tertib.
"No violence are allowed"
♥♥♥